December 30, 2009

MeNeRiMa KunJuNgaN TiDaK RasMi AJKT BKASM


Bismillah Wal Hamdulillah…..

Lebih kurang pukul 3ptg(Mesir)tadi,saya,suami dan anak menerima dengan berbesar hati kunjungan tidak rasmi dari beberapa orang wakil AJKT BKASM.Tahniah dan terima kasih diatas kehadiran kalian walaupun sekejap tetapi amat bermakna.

Antara tujuan utama adalah untuk menziarahi ahli Selangor samada yang belum berkahwin mahupun seperti saya yang telah berkeluarga .Mereka juga telah meminta sebarang cadangan dan permasalahan yang boleh dibantu untuk diselesaikan oleh BKASM.Sedikit cadangan yang telah saya kongsikan adalah moga ia dapat dipertimbangkan :

1.Pemerkasaan Unit Hisbah memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes yang berlaku sekitar Haiyyu Asyir,khususnya di Kompleks pelajar Malaysiaseperti ragut,raba,ugut dan sebagainya.

2.Peranan musyrifah(ketua)rumah bukan sekadar menjaga makan minum dan kesihatan ahli keluarga dalam rumah dengan baik tetapi :

*memastikan ahli keluarga study di saat genting menghadapi imtihan ini,bahkan memastikan ahli keluarga najah(lulus)dengan cemerlang dalam imtihan.

*memastikan ahli keluarga tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton cerita yang tidak membawa manfaat dan lain-lain.

*memastikan biah solehah terlaksana seperti solat jemaah,mencegah ikhtilat tidak syarie

3.Pemerkasaan study group dan boikot barangan yahudi

4.Pemantauan rumah luar.

5.Sukan berkala untuk akhawat.

6.Memantau asrama dari dimasuki oleh golongan pemecahbelah BKASM seperti ISMA,UMNO,Global Ikhwan (kalau adalah dikalangan ahli Selangor) dan lain-lain.

Lebih kurang sejam beramah mesra,kunjugan pulang dengan memberi buah tangan buat kami.Tidak ada apa yang dapat di hidang istimewa buat kalian jika dibandingkan jasa dan pengorbanan kalian EXCO BKASM…Jemput datang lagi diwaktu terluang.”Besar tapak tangan,niru kami tadahkan”

TaK TaHu,KeNa BeLaJaR

Bismillah Wal Hamdulillah

Akhirnya niat saya untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat dalam blog ini direstuiNya.Gembira rasanya dapat menghantar post ni,walaupun dalam keadaan ditemani anak kecil yang sedang membesar dengan pelbagai telatahnya.Alhamdulillah di kurniakan nikmat kesempatan masa,kesihatan tubuh badan,ilmu yang tidak seberapa olehNya dapat mencoret sepatah dua untuk permulaan penulisan ini.Salah silap harap di maafi dan ditegur oleh yang lebih arif lagi dalam bidang ini.

Harapan dari catatan yang akan saya kirimkan nanti,dapat berkongsi isu-isu semasa terkini di negara kita mahupun luar tanahair.Saya juga berminat mengetahui komen dari para pembaca sekiranya ada.Saya juga akan cuba bersama pembaca menambah ilmu pengetahuan dalam sedikit penyelidikan ilmu yang akan saya lakukan dan akan saya paparkan.

Moga Allah memberi kesempatan masa untuk saya menulis di sini.