December 30, 2009

TaK TaHu,KeNa BeLaJaR

Bismillah Wal Hamdulillah

Akhirnya niat saya untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat dalam blog ini direstuiNya.Gembira rasanya dapat menghantar post ni,walaupun dalam keadaan ditemani anak kecil yang sedang membesar dengan pelbagai telatahnya.Alhamdulillah di kurniakan nikmat kesempatan masa,kesihatan tubuh badan,ilmu yang tidak seberapa olehNya dapat mencoret sepatah dua untuk permulaan penulisan ini.Salah silap harap di maafi dan ditegur oleh yang lebih arif lagi dalam bidang ini.

Harapan dari catatan yang akan saya kirimkan nanti,dapat berkongsi isu-isu semasa terkini di negara kita mahupun luar tanahair.Saya juga berminat mengetahui komen dari para pembaca sekiranya ada.Saya juga akan cuba bersama pembaca menambah ilmu pengetahuan dalam sedikit penyelidikan ilmu yang akan saya lakukan dan akan saya paparkan.

Moga Allah memberi kesempatan masa untuk saya menulis di sini.


No comments: